Pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersyukur dapat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27 bersama keluarga tercinta.

Menerusi laman sosial Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berterima kasih kepada Allah SWT kerana menghadirkan seorang suami penyayang, penyanyi Aliff Aziz serta dua cahaya mata yang comel.

“On my birthday, i wish myself to always be the best I can be, from now and till eternity. Thank you so much Allah SWT for letting me have a such beautiful babies and loving husband.

“Semoga saya diberikan umur yang panjang untuk saya menyayangi dan menjaga keluarga saya. Insyallah. Alhamdulillah, 27 years old today,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Bella memuat naik sekeping foto keluarga bahagianya dengan tema pakaian kuning putih.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan doa agar Bella sentiasa berbahagia dengan keluarga tercinta.

“Happy birthday Bella, semoga berbahagia selalu di samping keluarga tercinta,” komen seorang wargamaya.

“Cutenya family ni. Happy birthday kak Bella,” puji seorang wargamaya.

“Masyallah, indahnya ciptaan Tuhan. Happy birthday Bella,” kata seorang wargamaya.

“Happy birthday dear, semoga dipermudahkan segala urusan,” ucap seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 100,000 tanda suka daripada wargamaya.

Sekadar info, Bella rujuk kembali dengan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz selepas bercerai pada 16 Mei 2019.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 4, dan Ara Adreanna yang baru berusia 8 bulan.