Maharaja Lawak Mega 2019

Sambut Hari Lahir... Shiha Zikir Idam Beli Rumah, Mahu Bahagiakan Ibu Hingga Akhir Hayat

Kamaruddin Razal
02/11/2019
14:15 MYT
Penyanyi Shiha Zikir menanam cita-cita untuk memiliki rumah impian sempena sambutan hari lahir yang ke-32 hari ini.
Menurut Shiha, dia bersyukur kerana rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus.
"Alhamdulillah, usia saya menginjak satu tahun lagi. Saya memanjatkan rasa syukur kerana Allah memberikan keizinan untuk saya menyambut hari lahir pada tahun ini.
"Saya sangat bersyukur kerana rezeki dalam bidang seni tidak pernah putus. Impian saya sempena hari lahir kali ini ialah untuk memiliki rumah impian serta dapat muncul dengan single terbaru yang boleh menambat hati pendengar," katanya.
Tambah Shiha lagi, dia juga mengharapkan rezekinya lebih murah untuk memberikan kehidupan selesa kepada ibunya.
"Saya harapkan lebih dimurahkan rezeki lagi dalam bidang seni kerana saya menjaga ibu. Mudah-mudahan, saya dapat membahagiakan serta menjaga ibu dengan selesa sehingga ke akhir hayat.
"Ibu menjadi tulang belakang nombor satu dalam kehidupan saya dah saya buat semua perkara untuk ibu tercinta," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shiha dan pelakon Kamal Adli menjadi pengacara untuk Maharaja Lawak Mega 2019 Live + yang disiarkan di laman YouTube Astro Gempak.
Maharaja Lawak Mega 2019 disiarkan setiap Jumaat, 9 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, MLM 2019 bersiaran langsung dari auditorium Royal Teater Shah Alam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.