Sambut Kelahiran Baby Girl, Ammar Kini Bergelar Bapa

Kamaruddin Razal
Disember 15, 2017 10:13 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Ammar kini bergelar bapa selepas menyambut kelahiran anak sulungnya semalam.
Ammar atau nama sebenarnya, Azizul Ammar Abu Hassan, 29, menyampaikan berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya, @armadaammar.
“Assalamualaikum semua. Thank you uncle aunty yang doakan saya and mummy saya. Semoga hidup uncle aunty dipenuhi dengan keberkatan. #babyAA 14.12.2017, 10:17pm,” tulis Ammar.
Isteri Ammar, Amalina Jamil selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 10.17 malam semalam.
Ammar mendirikan rumah tangga dengan Amalina pada 1 April yang lalu di Dengkil, Selangor.
Ammar yang mula dikenali menerusi program Bintang Mencari Bintang kini bertugas sebagai penyampai Hot FM menerusi segmen Jam Hot, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 sehingga 8 malam.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ammar
#Ammar #Hot FM