Sambut Lebaran Dengan Selesa & Elegan Bersama Busana SLAY-SA Raya 2025 ShawlPublika x SethLuna
Sempena koleksi Hari Raya tahun ini, jenama popular tempatan Shawl Publika sekali lagi berkolaborasi bersama pereka fesyen Sethandluna_malaya bagi menghasilkan koleksi yang menghapuskan dilema klasik antara fesyen dan keselesaan yang diberi nama SLAY-SA.
Koleksi ini adalah hasil daripada pemerhatian mendalam terhadap dilema biasa yang dihadapi semasa musim perayaan: keperluan pakaian yang bergaya tetapi praktikal.
Diilhamkan oleh kisah peribadi daripada orang terdekat, pereka fesyen, Rendra.pramuditha mendapati bahawa kebanyakan pakaian Hari Raya tradisional, walaupun cantik dan sesuai untuk media sosial, sering kali kurang selesa.
Dengan SLAY-SA, Sethandluna malaya berhasrat untuk mentakrifkan semula fesyen perayaan dengan menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai.
“Tahun lepas kami mengambil inspirasi daripada baju kurung untuk tahun ini kami mengambil inpirasi daripada baju kurung kedah kerana apabila bercakap mengenai keselesaan saya rasa baju kurung kedah merupakan pilihan yang tepat.
“Cuma saya tambah elemen draping untuk jadikan elegen. Jadi pemakai akan selesa dari pagi ke petang untuk beraya,” katanya ketika ditemui Gempak berkongsi perkara demikian ketika ditemui di Majlis Previu Eksklusif Koleksi Shawlpublika x Seth & Luna Slay-Sa Raya 2025.
Material Inovatif untuk Keselesaan Maksimum
Ciri utama yang menyerlah dalam koleksi SLAY-SA terletak pada pemilihan bahan yang teliti. Koleksi ini menggunakan fabrik premium seperti jacquard lembut, crepe lembut, dan satin poli matte. Fabrik-fabrik ini terkenal dengan tekstur mewah dan kebolehnafasan yang tinggi, menjadikannya pilihan ideal untuk iklim tropika Malaysia. Ini memastikan pemakai sentiasa berasa nyaman dan selesa sepanjang hari.
Sentuhan Moden pada Tradisi
Mengambil inspirasi daripada baju kurung kedah yang klasik, siluet dalam koleksi SLAY-SA menggabungkan elemen tradisional dengan reka bentuk moden seperti drape, flounce, dan flare. Butiran ini adalah interpretasi kepada konsep ringan dan selesa, yang selaras dengan tema utama koleksi ini.
Perjalanan Empat Bulan
Koleksi SLAY-SA adalah hasil daripada lebih empat bulan perancangan dan reka bentuk yang teliti. Setiap helaian dicipta dengan penuh perhatian bagi membawa tahap keselesaan dan sofistikasi baharu kepada pakaian Hari Raya. Menurut pengarah kreatif dan pereka, setiap item dalam koleksi ini membawa emosi keselesaan – satu perasaan yang pasti meninggalkan memori perayaan yang tidak dapat dilupakan.
Dilancarkan secara rasmi pada 31 Januari 2025, koleksi ini menjanjikan fesyen yang memukau, material berkualiti tinggi, dan keselesaan yang tiada tandingan.
Jangan tunggu—dapatkan koleksi SLAY-SA di www.shawlpublika.com/home sementara stok masih ada.