Pelakon terkenal Indonesia Laudya Cynthia Bella menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama teman selebritinya iaitu Irwansyah, Zaskia Sungkar, Shireen Sungkar dan Teuku Wisnu.

Menerusi laman sosial Instagram, bekas isteri kepada Engku Emran itu berkongsi foto momen sambutan bersama teman selebritinya sambil mendukung bayi lelaki pasangan Irwansyah dan Zaskia, Ukkasya Muhammad Syahki.

“Lebaran sama cinta-cintaku. Sayang kalian dan baby,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella)


Menerusi perkongsian itu lagi, Bella dan teman-temannya manis mengenakan pakaian serba hitam.

Sementara itu di ruangan komen, aksi Bella bersama teman selebritinya itu mengundang komen dan doa yang baik-baik daripada wargamaya.

Ramai yang mendoakan agar Bella dikurniakan jodoh dan bahagia menyambut lebaran bersama pasangannya.

“Yok doain teh Bella biar disegerakan jodohnya,” tulis seorang wargamaya.

“Semoga cepat dapat jodoh dan lekas dianugerahi anak-anak yang soleh dan solehah,” komen seorang wargamaya.

“Semoga cepat jodohnya ya Bella,” kata seorang wargamaya.

“Teteh semoga segera menyusul,” doa seorang wargamaya.

“Aku doakan Bella cepat punya pasangan seperti mereka juga,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 300,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Bella berkahwin dengan Emran pada 8 September 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Pasangan itu kemudiannya bercerai pada Julai 2020 dan belum dikurniakan cahaya mata.