Sambut Majlis Kesyukuran & Hari Jadi Kekasih, Ini Ucapan Nelydia Senrose...Bersemut!

Asraf Aided
Oktober 15, 2018 05:05 MYT
Pelakon terkenal Nelydia Senrose berkongsi beberapa foto dipercayai sekitar majlis kesyukuran sekaligus meraikan hari jadi kekasihnya, Hafez Halimi.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
"Semoga perkara-perkara baik hadir dalam hidup awak dan perjalanan hidup awak disinari sebagaimana awak telah menyinari hidup saya, selamat hari jadi," tulisnya sebagai kapsyen.
Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan respon positif dan memuji kejelitaan yang dimiliki Nelydia, ada juga yang mendoakan hubungan mereka agar sentiasa diberkati.
Nelydia mulai aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2007 dan berjaya mengekalkan popularitinya menerusi lakonan dalam filem dan drama tempatan.
#Nelydia Senrose