"Sambut Simple-Simple Je" - Bujibu Chempel Rai Hari Jadi Ke-4

Amri Hassan
Mac 17, 2019 18:38 MYT

Kucing peliharaan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, Bujibu Chempel meraikan ulangtahun kelahiran keempat semalam.

Menerusi kemaskini akaun Instagram kucing berasal dari Ukraine-Rusia itu, Bujibu turut diraikan bersama sebiji kek berwarna kuning tiga tingkat.
"Sambut simple-simple je," tulis pengendali akaun Bujibu Chempel itu.

Kemaskini acara sambutan hari jadi Bujibu berbaur sarkastik itu mencuit hati pengikut media sosialnya.
Hanis turut mengemaskini akaun Instagramnya bersama Yusuf Iskandar ketika acara tersebut.
Lebih menarik, acara itu turut mendermakan sebanyak 1,000 paket makanan kucing kepada The Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).
Happy birthday Bujibu!

#Hanis Zalikha #Hari Jadi #Kucing #Bujibu Chempel