Penyanyi dan pelakon Naim Daniel menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 pada Rabu, 9 September.

Menerusi laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video meniup lilin dan memotong kek ulang tahunnya untuk tatapan umum.

“09/09/2020 - Terima kasih atas doa-doa kalian pada hari lahir saya hari ini. Terima kasih berjuta. Semoga Allah memeluk kalian dengan contaNya sentiasa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

09/09/2020 - Terima kasih atas doa - doa kalian pada hari lahir saya pada hari ini. Terima kasih berjuta. Semoga Allah memeluk kalian dengan cintaNya sentiasa. ❤️ Try buka radio @hotfm976 malam ni, kita saja nak bagi korang dengar lagu #purnamanaim hehe ?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on


Tambah istimewa pada hari ulang tahunnya, Naim turut memperdengarkan sedikit lagu terbarunya berjudul Purnama yang mula diputarkan di radio Hot FM pada malam tadi.

“Try buka radio Hot FM malam ni, kita saja nak bagi korang dengar lagu #purnamanaim hehe,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan hari lahir pada juara Anugerah Juara Lagu ke-34 itu.

Malah, tidak kurang juga yang berasa kasiham melihat Naim meraikan ulang tahunnya secara bersendirian.

“Happy birthday brother, murah rezeki selalu,” komen Luqman Faiz.

“Bukan birthday kau February haritu ke? Jangan menipu je keje kau eh,” usik Noh Salleh.

“Happy birthday, terus sukses dunia akhirat,” tulis Shuib Sepahtu.

“Happy birthday Naim, kesian sambut birthday sorang-sorang,” kata seorang wargamaya.

“Weh sama macam aku haritu lah, potong kek lepas tu makan kek sorang-sorang,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 150,000 tontonan daripada pengikutnya.