Pelakon Aidil Aziz terharu menerima sekeping kad ucapan bersempena sambutan ulang tahun daripada isteri tercinta, Fasha Sandha.

Perkara itu dikongsi Aidil menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya beberapa jam lalu.

Menyambut ulang tahun ke-32 pada 26 Julai yang lalu, Aidil turut berterima kasih kepada Fasha, 35, yang turut menghadiahkannya sebuah beg.

"Thanks a lot sayang for the birthday present. I love it,” tulisnya sebagai kapsyen.

Lebih manis apabila ucapan isterinya turut dipamerkan di sebelah hadiah yang diterima.

"Dear my husband, Mohd Aidil Aziz, I love you!

“Thank God i found you. I’m so thankful I found you. Please take good care ‘us’,” tulis Fasha pada kad ucapan.

Istimewanya lagi apabila tersemat rantai kunci yang tertera huruf AAFS simbolik nama pasangan itu.

Sementara itu di ruangan komen, netizen turut sama memberikan ucapan ulang tahun kepada aktor itu.

. Thanks a lot sayang for the birthday present.i love it?❤️? . #aidilazizsbirthday

A post shared by Aidil Aziz. (@itsaidilaziz) on

Malah, ada yang turut memuji kecantikan tulisan tangan Fasha pada kad ucapan tersebut.

Imbas kembali, Aidil dan Fasha, telah selamat mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 di kampung halamannya di Perlis.