,
Laman Utama

Sambut Ulang Tahun ke 33 Seorang Di Mesir, Caprice: "Saya Tidak Pernah Berasa Sunyi Seperti Ini"

Maliah Surip
25/07/2021
12:45 MYT
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyambut ulang tahun ke 33nya hari ini. Memberi khabar terkini, Caprice memberitahu masih berada di Mesir seorang diri untuk meneruskan perjuangan dan jihadnya terhadap misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Menerusi kemas kini tersebut, influncer dan rapper ini mencatatkan sedikit kembaranya dalam misi jihad sehingga menyambut ulang tahun ke 33 jauh dari keluarga dan rakan taulan.
Dia menyifatkan 40 hari terakhir yang dilaluinya ini sebagai paling sukar dalam hidup.
"25 Julai 2021. Ini telah menjadi 40 hari yang sangat sukar dalam kehidupan saya," tulisnya dengan foto berlatar belakang dipercayai panorama Mesir, siang tadi.
Caprice juga dilihat meluahkan perasaannya dengan menulis: "Ini adalah pertama kali kita beribadah dan berhijrah seorang di negara orang.
"Saya tidak pernah berasa sunyi seperti ini sebelum ini. Namun saya berasa lebih dekat dengan Allah sejak lima hari lalu."
Tanpa menjelaskan kesukaran yang dilalui, Caprice juga melahirkan rasa bersyukur terhadap apa yang telah berlaku.
"Alhamdulillah untuk semua yang telah berlaku. Insya Allah satu hari nanti semuanya akan masuk akal untuk anda dan semua umat," coretnya dalam bahasa Inggeris.
Terdahulu, Caprice mencetuskan kontroversi kerana hampir 'membongkar' sebuah kisah benar mengenai apa yang terjadi dalam misi kemanusiaan di Gaza membabitkan tokoh terkenal pendakwah dan dermawan Ustaz Ebit Lew.
Dia juga memaklumkan telah dihalang dari terus mengikuti Ebit Lew dalam akaun Instagramnya selepas menegur cara beliau dan pasukan sepanjang berada di Gaza.
Lantaran itu dirinya menerima banyak kecaman sehingga 'memaksa' Ebit Lew membuat pencerahan mengenai isu yang cuba ditimbulkan menerusi siaran Live di Instagramnya, baru baru ini.
Namun selepas pencerahan dibuat Ebit Lew dan penjelasan daripada satu pihak lain, banyak netizen mula menyokong Caprice dan masih meminta maaf kepadanya menerusi DM yang dikirimkan kepadanya.
"Caprice, saya minta maaf atas percakapan saya sebelum ini. Saya harap Cap maafkan saya," tulis seorang netizen.
Yang lainnya pula menyatakan sokongan terhadap Caprice untuk terus berjuang dengan misi dan jihadnya di Gaza demi umat Islam.
"Memang betul cakap Cap akhirnya kebenaran akan diketahui juga," tulis yang lain pula.
"Cap awak telah buat yang terbaik untuk Malaysia, jangan patah semangat," kata seorang netizen.
Dalam masa yang sama, rakan rakan baik dan peminat Caprice juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat ulang tahun ke 33 kepadanya sekaligus mendoakan agar semua yang dijalani lelaki ini dilindungi Allah.
"Happy Birthday juga to all my fellow July Babies," tulis Caprice dengan meninggalkan emoji hati.
Kredit Foto: Berita Harian Instagram: @caprice
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Team Johnny Depp..." - Muat Naik Video Amber Heard Menangis, Perkongsian Caprice Undang Pelbagai Reaksi Netizen

gempak
07/10/2024
13:25 MYT
Lebih menarik, dengan kapsyen yang ringkas, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menyatakan dia berpihak kepada pelakon dan juga bekas lelaki Amber iaitu Johnny Depp.
Viral

Caprice Tak Peduli Teguran Datuk Vida, Selamba Beri Pesanan - "Kirim Salam Lavida Coin"

gempak
24/09/2024
23:58 MYT
Penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice meminta orang ramai supaya tidak mempedulikan perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang menyifatkan kontennya seolah-olah mendedahkan aib di media sosial.
Viral

“Mungkin Boleh Bagi Kesedaran Dalam Bentuk Lain”- Anggap Content Caprice Mengaibkan, Datuk Seri Vida Beri Teguran

gempak
24/09/2024
06:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memberi teguran secara terbuka terhadap Caprice berikutan konten yang dimuat naik pempengaruh itu olehnya sejak baru-baru ini.
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.
BorakSeeni