Penyanyi Hafiz Suip bersyukur dapat meraikan hari jadi isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah serta ulang tahun perkahwinan mereka yang jatuh pada hari yang sama semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz memuat naik ucapab istimewa sempena ulang tahun isteri dan perkahwinan mereka untuk tatapan umum.

“Saya nak mengucapkan selamat hari jadi dan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kepada ratu hati saya, @nureffyj.

Kita celebrate depan rumah pun ok ??adik tido,abg merajuk nak air merah...aduhhh ??‍♂️? once again happy birthday love @nureffyj..

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

“Terima kasih kerana memahami, menyayangi dan sudi bersama mengharungi suka duka kehidupan dari pertama kita jumpa sampai sekarang.

“Saya doakan awak semoga awak menjadi isteri yang solehah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan semoga hubungan kita akan berkekalan hingga ke Jannah,” tulis Hafiz sebagai kapsyen.

Malah, meraikan dua hari istimewa ini yang jatuh di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mereka sekeluarga hanya mengadakan sambutan di hadapan rumah sahaja.

“Kita celebrate depan rumah pun okay. Adik tidur, abang merajuk nak air merah aduhh! Lagi sekali, happy birthday my love,” ucap Hafiz lagi.



Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, ramai yang mendoakan agar perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Happy birthday Fifi dan selamat ulang tahun perkahwinan buat Hafiz dan Fifi. Semoga berkekalan bahagia hingga ke syurga,” tulis seorang wargamaya.

“Comel je dah ada dua anak. Selamat menyambut ulang tahun buat Fifi dan Hafiz,” komen seorang wargamaya.

“Tahniah guys! Happy anniberseri-seri!” kata seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, Hafiz dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016.

Pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad Riyadh Zafri, 3, dan Alkaf Zayne yang baru berusia dua bulan.