Laman Utama
Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-33, Shiha Zikir Dedikasi Ucapan Penghargaan Buat Ibu Bapa
Penyanyi Shiha Zikir meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-33 hari ini.
Bersempena hari istimewa ini, Shiha mengambil peluang untuk mendedikasikan ucapan penghargaan buat ibu dan arwah bapanya untuk jasa dan kasih sayang yang dicurahkan kepadanya selama ini.
Perkara itu dikongsi menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Hari ini adalah hari istimewa saya, Alhamdulillah syukur Ya Allah atas kesempatan yang Kau berikan.
"Terima kasih banyak-banyak mak dah lahirkan Shiha dan jaga Shiha dengan penuh kasih sayang. Moga Allah SWT bagi setinggi-tinggi ganjaran buat Mak dan arwah Abah dunia akhirat atas segala pengorbanan," kongsinya.
Dalam pada itu, Shiha juga sempat menyedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya.
"Al-Fatihah buat Allahyarham Abah tercinta, Mohd Zikir," tulisnya.
Penyanyi lagu Aewo ini juga merancang untuk menghadiahkan sesuatu kepada ibunya sempena hari istimewanya itu.
"Sempena hari lahir Shiha yang ke-33 tahun hari, jom Shiha beli hadiah untuk Mak," tulisnya mengakhiri kapsyen.
Meninjau ruangan komen pula, ramai pengikut Shiha termasuk rakan-rakan industri mengucapkan selamat hari lahir untuknya.
Imbas kembali, Shiha mulai aktif di industri hiburan tanah air pada sekitar tahun 2005.
Februari lalu, Shiha dan kumpulannya, Team Squad telah memenangi tempat ketiga dalam Dansa Dan Sing berentap bersama Sofia Liana & Budak Ngam, Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew, Wani Kayrie & Delitz, Waris & Alamak dan Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad.
Must-Watch Video