Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Che Ta & Zain Bergaya Seperti Pengantin

Mya Amri
Disember 14, 2016 06:18 MYT
Pelakon Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin baru-baru ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga.
Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta telah memuatnaik beberapa foto bersama Zain menerusi akaun Instagram (IG) miliknya pada Isnin.
Lebih istimewa lagi, setiap foto tersebut turut disertakan dengan kapsyen sweet Che Ta yang meluahkan rasa cintanya terhadap Zain.
Selain itu, foto-foto yang dirakamkan juga melambangkan seolah-olah pasangan ini masih lagi berada dalam mood perkahwinan apabila kedua-duanya menggayakan pakaian ala pengantin.
Che Ta mengenakan busana berwarna krim dan putih disertakan dengan veil panjang berenda seakan-akan seorang pengantin manakala Zain pula kelihatan segak memakai sut hitam.
Dalam pada itu, tiga ucapan Che Ta yang turut dikongsi kembali oleh suaminya ialah:
“A real man chooses to honor , love ,respect and adore and to be faithful to one women . Happy 3rd Anniversary @therealzainsaidin,
“Sayang, for the wondrous time we have spent together as well as the time we will have, you have given me a new purpose:Love,Happy Anniversary. @therealzainsaidin,
“No matter how much time goes by i'll never forget the first time you looked at me and how I fell in love. Happy Anniversary @therealzainsaidin,” tulisnya.
Dalam pada itu, ruangan komen di IG pasangan ini dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh peminat yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga tersebut.
Teks oleh: Mya Amri
#Che Ta #Zain Saidin #Ulang tahun