Gaya Hidup
Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-50, ‘Pengantin Baru’ Ini Diraikan Penuh Meriah!
Sepasang suami isteri meraikan ulang tahun ke-50 mereka dengan cara yang paling rare!
Menerusi laman sosial Facebook, seorang jurufoto, Cpin Aidil telah berkongsi beberapa foto pasangan bahagia itu dalam majlis raja sehari.
Bukan sahaja meraikannya dalam suasana majlis persandingan, pasangan yang dikenali sebagai Haji Sani dan Hajah Mala siap berbusana songket ungu bersulam benang emas!
Bertemakan majlis persandingan, sambutan ulang tahun perkahwinan merpati dua sejoli itu turut disambut meriah dengan kehadiran ramai tetamu dari kalangan keluarga terdekat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
“Syukur Alhamdulillah, semoga sihat sentiasa dan selalu ceria,” doa seorang netizen.
“Ya Allah, sweetnyaaaaaa!” komen seorang netizen.
“Kenangan terindah kali kedua jubli emas persandingan. Alhamdulillah pada anak-anak, cucu-cucu dan keluarga terdekat yang meraikan persandingan mereka,” ujar seorang netizen.
“Anniversary yang ke-50, Alhamdulillah jodoh mereka panjang,” kata seorang netizen lagi.
Malah, ada yang mahu menjadikan pasangan ‘pengantin baru’ ini sebagai inspirasi dan mengimpikan bahtera perkahwinan yang dilayari turut kekal seperti pasangan terbabit.
Sehingga kini, hantaran foto tersebut telah menerima 750 perkongsian daripada netizen.
Sumber foto: Facebook Cpin Aidil
Must-Watch Video