"Sambutan Hari Jadi Paling Lama" - Jaclyn Victor Sambut Hari Jadi 32 Jam Sehari! Eh Macam Mana Tu?

Amri Hassan
Disember 4, 2018 12:00 MYT
Penyanyi Jaclyn Victor meraikan ulangtahun kelahirannya ke-40 di United Kingdom hari ini.
Bagaimanapun, durasi perjalanannya ke lokasi terbabit menjadikan sambutan hari jadinya 32 jam sepanjang tarikh 4 Disember.
"Hello from the UK everyone. So, its official! The big day has finally come.
"24 hours + 8. The longest birthday celebration ever, in a day la.
"40 years ago this little girl was born into the world," tulisnya di Instagram.
Dalam entri terbabit, Jac turut melayangkan ucapan terima kasihnya buat keluarga terutama ibunya, Maggie Victor.
Jac turut menerima ucapan khas daripada suaminya, penyanyi Shawn Rivera.
Menyifatkan dirinya sebagai individu bertuah kerana memiliki Jac, Shawn turut mendoakan keselamatan isterinya itu.
"I am the luckiest man in the world to have you. There is no gift I could give that will match the joy you bring to our lives everyday.
"I hope you are enjoying your much deserved European Vacation,' tulisnya.
#Jaclyn Victor #Hari Jadi #Shawn Rivera