Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Terus Terjemah Aspirasi Malaysia MADANI
Ernalisa
31/08/2024 11:25 MYT
31/08/2024 11:25 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan akan terus menjadi platform menterjemahkan aspirasi Malaysia MADANI terutamanya dalam memperkukuh perpaduan berbilang kaum di negara ini, selain menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat.
Bertemakan 'Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka', acara sambutan Hari Kebangsaan 2024 bakal mengetengahkan konsep kebersamaan rakyat yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat selari dengan maksud tema tahun ini, iaitu perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.
BERITA BERKAITAN : Insomniacks & Nabila Taqiyyah - Belum Mulai (Versi Akustik) | Gempak Jam SessionBERITA BERKAITAN : Anding ‘Comeback’ Sebagai Wira, Sedia Takluk Pawagam! | GMW Highlights