Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Sambutan Hari Lahir, Ifa Raziah Dapat ‘Kek Duit’ Lima Tingkat!

Mya Amri 03/10/2021 | 08:42 MYT
Keunikan kek hari lahir penyanyi dan pelakon Ifa Raziah, menjadi perhatian warganet.
‘Kek Duit’ yang dihiasi buah strawberi segar itu turut disusun wang kertas RM1 setinggi lima tingkat.
Menurut Ifa, kek tersebut merupakan hadiah hari lahir daripada suami tercinta yang turut memberikan dua utas rantai emas.
Ifa Raziah ketika dihubungi Gempak bagaimanapun tidak merahsiakan jumlah wang pada ‘Kek Duit’ tersebut.
“Kek duit itu hadiah daripada suami. Setiap tingkat disusun wang RM1 berjumlah RM1 ribu.
Selain kek, suami turut menghadiahkan dua utas gelang tangan.
“Alhamdulillah, walaupun tidak ada beg tangan LV pada tahun ini, tetapi ingatan itu yang paling penting,” katanya.
Tambah Ifa, tahun ini ulangtahun kelahirannya disambut secara sederhana dengan jumlah kehadiran yang terhad.
“Kalau tahun-tahun sebelum ini Ifa Raziah akan membuat sambutan hari lahir yang ‘grand’ tetapi tidak untuk 2021.
“Kali ini sambutan hanya di rumah dengan tetamu yang hadir pun terhad. Hanya beberapa teman rapat sahaja.
“Lagi pula, tahun ini kan kami berpindah rumah banyak juga pakai duit”, katanya.
Dalam perkembangan lain, Ifa turut berkongsi perkembangan mengenai Star Vendors.
“Setakat ini proses pemulangan wang bagi bayaran sewaan tapak kepada vendors sudah selesai.
“Kira-kira RM500,000 semuanya,” katanya yang yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd.
#Ifa Raziah #Kek Duit
;