Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sambutan Hari Raya Dina Nadzir Berbeza Tanpa Bapa Tercinta - “Arwah Yang Biasanya Tentukan…”

Asyikin Mayudin
24/04/2023 01:50 MYT
Penyampai radio SINAR FM iaitu Dina Nadzir mengakui sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini sangat berbeza disebabkan pemergiaan allahyarham bapanya, Mohd Nadzir Gulam Kadir.

Tetap beraya di Johor Bahru, Dina memberitahu arwah bapanya yang selalu akan menentukan persiapan raya seperti warna baju, menu dan kuih raya.


“Saya paling rindu semua fasal Abah tahun ini, sebab Abah la biasanya orang yang paling bersemangat untuk sambut Aidilfitri.

“Dia yang biasanya tentukan warna baju raya, menu dan kuih raya. Jadi tahun ini, semua orang rasa lain sebab dia dah tiada. Tahun ni tetap beraya di Johor Bahru, macam biasa.

“Keadaan keluarga ok, Alhamdulillah. Kami tetap sambut raya macam biasa, cara yang sama macam masa abah masih ada.

“Sebab kalau Abah ada, mesti dia nak kami sambut dengan meriah. Cuma aktiviti kami bertambah sikit tahun ini sebab akan menziarah kubur terlebih dahulu,” katanya kepada Gempak.

Dina turut meluahkan rasa syukur kerana mempunyai keluarga, rakan sekerja dan orang sekeliling yang banyak membantu serta memberi semangat selepas dia kehilangan insan tercinta.

“Alhamdulillah, saya ada keluarga, rakan sekerja dan orang keliling yang sangat ‘supportive’. Jadi bila teringat, ramai yang ada dengan saya untuk menghiburkan hati.

“Dalam masa yang sama, Abah pun dah lama sakit, jadi sedikit sebanyak, kami sekeluarga dah bersedia,” ujarnya.

Untuk rekod, arwah bapa Dina meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru akibat masalah paru-paru pada 23 Oktober tahun lalu.

#Dina Nadzir #Dina #Bapa Dina #Dina raya
;