Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Sambutan Luar Biasa, Instant Cafe Night Live! Edisi X Bakal Dipersembahkan Di Dewan Plenary

Asyikin Mayudin
08/03/2023 11:55 MYT

Selepas mendapat kejayaan luar biasa pada 2019, Shiraz Projects dengan bangganya bekerjasama dengan The Instant Cafe Theatre Company mempersembahkan Instant Cafe Night Live! Edisi X. 

 

Kolaborasi ini memberikan persembahan satu malam sahaja dengan pelakon bertaraf bintang di Dewan Plenari yang berpresij akan menarik penonton di Malaysia dan di seluruh rantau ini. 

 

Menurut Shiraz, kejutan ini dibuat bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton acara komedi tersebut. 

 

Tambahnya, acara seumpama ini yang buat julung kalinya diadakan di  Dewan Plenari  juga bakal menjadi tanda aras buat acara komedi langsung kelak. 

 

Instant Cafe Night Live! Edisi X, edisi ini akan dipersembahkan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 18 Mac 2023, 8.30 malam

 

Tikeg akan mula dijual pada 10 Februari 2023 di www.myUckets.asia. Harga Uket ialah RM588 (Meet & Greet), RM388 (Diamond), RM288 (PlaUnum) dan RM188 (Perak). 

 

Saksikan Jo Kukathas dengan watak ikoniknya YBeeee, Ahli Parlimen Ulu Katak dan ‘Deputy Minister of Kickbacks and Comebacks’ dalam kerajaan gabungan menariknya yang baharu; Curry Spice yang cukup berani, si cantik dan memukau dari Sentul, bintang program Neclix "Keeping Up With The Coomarasamys" dan biopiknya yang akan datang "Ini Kari Lah". 

 

Instant Cafe Night Live! Edisi X akan dikemudikan oleh penyanyi sensasi Malaysia, Sean Ghazi yang tiada tandingan dan pelawak standup paling comel, Kuah Jenhan.

 

Dua tetamu, dua hos, dua kali ganda keseronokan! Saksikan mereka membicarakan pelbagai topik dan perkara dari ‘banjir ke quinoa ke uniti ke harapan baru, impian lama, Malaysia untuk rakyat Malaysia, semuanya, segalanya... dono wai.’ 

 

Acara ini direka oleh Jo Kukathas dan Zalfian Fuzi bersama Kam Raslan dan Na’a Murad. 



#Instant #Instant Cafe Night Live Edisi X #Kuah Jenhan #Sean Ghazi