Penerbit filem Project: Kahar iaitu Astro Shaw telah membuat uji bakat terbuka bagi pencarian pelakon untuk watak Beja dan Megat bermula 4 Mac sehingga 16 Mac lalu.

Pihak penerbit telah pun menghubungi mereka yang terpilih untuk fasa uji bakat kedua.

Disebabkan sambutan uji bakat yang menggalakkan, pihak Astro Shaw akan mengadakan sesi uji bakat tambahan untuk pencarian watak-watak lain dalam filem Project: Kahar buat mereka yang belum sempat menyertai atau kepada mereka yang sudah sertai sebelum ini tetapi tidak menerima panggilan untuk terpilih ke fasa seterusnya.

Bagi yang berminat untuk menjadi salah seorang bintang filem Project: Kahar, anda boleh hadir ke sesi uji bakat secara langsung bersama pengarah dan penerbit.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Berikut merupakan lokasi uji bakat:

1. Mydin, USJ pada 23 Mac

2. Giant Stadium Shah Alam pada 24 Mac

3. Aeon Big, Subang Jaya pada 30 Mac

4. Econsave, Klang pada 31 Mac

*Bermula 11:00 pagi hingga 3:00 petang*


Syarat-syarat penyertaan seperti di bawah:

1. Berperwatakan umur antara 15 hingga 30 tahun.

2. Lelaki dan terbuka kepada semua kaum.

3. Semua pelakon yang terpilih perlu memberi komitmen untuk pre-produksi dan penggambaran filem dari bulan April hingga Julai 2024.

4. Pilih salah satu babak berikut dari siri Projek: High Council, dan lakonan semula babak tersebut sebagai satu watak.

Untuk maklumat lanjut, ikuti info dan perkembangan terbaru di akaun sosial media Astro Shaw.