Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-19 Jadi Bukti Hubungan David & Victoria Beckham Masih Kukuh

Kamaruddin Razal
Julai 9, 2018 11:45 MYT
Pasangan terkenal David Beckham dan Victoria Beckham meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19 baru-baru ini.
Sambutan tersebut juga menjadj salah satu cara untuk menafikan desas-desus yang mendakwa hubungan mereka sudah memasuki fasa retak menanti belah.
David berkongsi foto sambutan tersebut menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Victoria turut berkongsi foto sambutan terbabit.
Berkahwin pada tahun 1999, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Foto: Instagram David & Victoria
#David Beckham #Victoria Beckham