Pelakon Zahirah Macwilson akui mudah bekerjasama dengan pelakon senior seperti Maya Karin dalam Bulan & Pria Terhebat (BPT).

Menurut Zahirah dia mempunyai pengalaman yang hebat dan manis bersama Maya Karin.

“Kalau nak bercakap mengenai pengalaman berlakon dengan pelakon yang lebih berpengalaman, saya rasa setiap orang ada perjalanan mereka yang tersendiri.

“Jadi, saya tak membandingkan diri saya dengan mereka,” katanya kepada Gempak.

Selain Zahirah dan Maya Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Menceritakan babak paling mencabar yang dilakukan bersama adalah ketika badannya perlu dilempar oleh Maya ke dalam almari.

“Babak paling memberi kesan kepada saya ketika bertarung dengan Maya Karin adalah apabila saya perlu ‘dilempar’ ke dalam almari.

“Ia agak mencabar dan meletihkan kerana babak itu dilakukan beberapa kali sehingga almari itu pecah.

“Namun akhirnya ia berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan serius,” ceritanya lagi.

Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First bermula 11 Mac, esok.

Secara ringkas BPT mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Saksikan filem Bulan & Pria Terhebat yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 11 Mac ini.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)