Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sampai Berlubang & Kena Masuk Wad Buang Air Bisa” - Individu Kongsi Pengalaman Abangnya Digigit Kucing

Ainun
27/08/2024 21:55 MYT
Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah terkena jangkitan kuman pada bahagian lengan akibat digigit seekor kucing.

Dedah individu berkenaan, abangnya telah dimasukkan ke wad selepas tangan membengkak akibat luka daripada gigitan haiwan berkenaan.

“Semalam abang aku kena gigit with my British Short Hair, mungkin kucing aku tak kenal dia atau entahlah mungkin pengendalian yang lemah ke macam mana, dia gigit agak dalam.

“Sampai berlubang dan kena masuk wad buang air bisa. Kesian weh tak pasal pasal,” katanya.


Akibat daripada gigitan itu, pemilik kucing berkenaan terpaksa mengurung haiwan itu akibat bertindak agresif.

"Sebab dia nakal sangat gigit orang sampai kena ward, terpaksalah grounded dia dalam cage tak bebas dah buat sementara waktu. Masalahnya dengan aku dia molek je," kongsinya.

Netizen


Meninjau di ruangan komen, netizen meluahkan rasa simpati dan berkongsi pengalaman seakan-akan sama berdepan dengan jangkitan kuman akibat digigit kucing.

“Ini adalah tangan abang saya ketika dia cuba berhadapan dengan kucing Ragdoll kami yang sedang bertahan. Ragdoll itu kucing jantan dan tidak pernah keluar rumah. Tetapi pada suatu hari dia keluar dari sangkar dan mungkin terhidu bau kucing lain, terus menjadi defensif. Bila nak pegang dan masukkan dalam sangkar, terus kena gigit dan cakar.”

“Bahaya itu. Kuman nanti. Macam adik saya kena gigit dan cakar. Habis rosak tangan dia. Tinggal parut merebak sampai siku. Ambil masa 7 bulan nak sembuh.”


“Pernah kena juga. Doktor cakap kalau calar sikit biasanya ok. Tapi kalau gigit, akan ada air liur yang mungkin berbakteri. Kalau sakit memang wajib pergi klinik. Ada orang kena gigit kat jari je tapi tahan sakit sampai 3 hari, infection dah ke lengan. Almost nak kena amputate lengan dia,” komen netizen.

BERITA TRENDING: Lelaki Tertua Dunia Tak Teruja Sambut Ulang Tahun Ke-112, Tiada Diet Khusus

BERITA TRENDING: ‘Minta Maaf Gagal Laksana Tanggungjawab Saya Sebagai Suami’

BERITA TRENDING: Bersalin Cara Czer, Suami Ugut Isteri Nak Kahwin Lain - "Tak Nak I Dapat Wife Rosak"

BERITA TRENDING: Polis Siasat CEO Telegram Terlibat Kes Pedofilia


Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih 1.5 juta tontonan dan 20,000 ribu butang suka di platform X.

#Viral #Netizen #hospital #Abang #Kucing