Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Sampai Bila Anda Semua Akan Makan Makanan Korea Sahaja" - Ramli Sarip

Rozaimi Zubaidi 06/10/2018 | 06:23 MYT
Penyanyi Datuk Ramli Sarip mengakui masih belum menjumpai penyanyi zaman sekarang yang boleh menyanyikan lagu muzik Melayu dengan bagus.
Menurut Ramli Sarip, dia mahu penyanyi zaman sekarang kembali mengentengahkan muzik Melayu di pasaran yang lebih tinggi.
“Sampai bila anda semua akan makan makanan Korea sahaja. Duduk lama-lama di negara orang, anda pasti akan ingin pulang ke negara sendiri dan menikmati makanan Melayu seperti nasi lemak dan teh tarik.
“Yang sekarang layan lagu Lady Gaga atau Justin Bieber nanti apabila usia semakin lanjut tidak mungkin akan ingin terus mendengar lagu begitu.
“Saya teringin nak berjumpa penyanyi zaman sekarang yang boleh menyanyikan lagu Melayu dengan bagus namun sayangnya sehingga kini masih tidak jumpa..
"Mereka tidak sedar muzik Melayu itu amat kaya dengan pelbagai elemen seperti qasidah, nasyid dan sebagainya.
"Tidak dinafikan bahawa kini masih ada yang malu mengangkat muzik kita dalam karya mereka," katanya kepada Gempak.
Ramli Sarip berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih di Loka Malaysia, NU Sentral, baru-baru ini.
Ramli Sarip dan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim akan menjayakan konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih pada 6 Oktober (malam ini) di Istana Budaya.
Orang ramai boleh dapatkan tiket konsert 30 Tahun Doa Buat Kekasih di www.ilassotickets.com sekarang.
#Penyanyi #Penyanyi #Datuk Ramli Sarip
;