,
Hiburan

Sampai Full House…Fighting Punya Pasal, Ramai Yang Pilih Tonton Filem Wira!

Hanafis Haris
05/12/2019
09:33 MYT
Biarpun sudah ditayangkan bermula 21 November lalu, filem aksi terbaru Malaysia iaitu Wira masih menjadi pilihan penonton!
Buktinya, naskhah itu berada di tempat keempat carta Top 10 Movies GSC.
Kehadiran filem antarabangsa lain tidak melemahkan semangat penonton untuk menyaksikan filem Wira.
Malah, tiket di beberapa pawagam GSC turut 'sold out'.
Antaranya di Seremban, Mentakab, Melawati, Setia Alam, Alor Setar dan Kuantan.
Berita gembira itu dikongsi oleh laman sosial Instagram Astro Shaw.
"Ramai yang pergi tengok #FilemWIRA memandangkan hari ni tiket murah kan.
"Penangan dia sampai penuh hall. Mana yang belum tengok lagi boleh serbu pawagam dan dapatkan tiket anda cepat sebelum SOLD OUT lagi," kata pengendali akaun terbabit.
Sehingga kini, buah tangan sutradara Adrian Teh ini juga telah berjaya meraih kutipan lebih RM5.2 juta dalam masa 11 hari tayangan!
BACA: Power! Filem Wira Raih RM5.2 Juta Dalam Masa 11 Hari Tayangan!
Pada yang masih belum menonton Wira, anda boleh saksikan filem berkenaan yang telah pun mula ditayangkan.
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
BACA: [REVIEW] Inilah Filem Aksi Yang Sepatutnya Dihasilkan! Wira Buat Ramai Penonton U-Turn?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor

gempak
07/09/2024
09:30 MYT
Bagi meraikan watak kebanggaan superhero ikonik Malaysia, Astro Shaw melancarkan mural gergasi Keluang Man di salah satu lokasi penggambaran filemnya iaitu di Kluang, Johor.
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Jiwa Malaysia 2024

gempak
06/09/2024
01:35 MYT
Jom sertai GMW Giveaway sekarang!
Hiburan

Filem Adoiii Jiwaku Bakal Ditayangkan Secara Percuma Sempena Hari Malaysia!

gempak
05/09/2024
16:46 MYT
Bersempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini, pihak Lomo Pictures Sdn Bhd memberi tayangan secara percuma filem ‘Adoii Jiwaku’ buat para penonton.