Hiburan
"Sampai Hari Ni Terngiang-Ngiang Suara Bang Dris" - Remy Ishak Terkesan, Masih Ingat Pesanan Idris Md Diah
Pelakon Remy Ishak mengakui terkesan dengan pemergian pelakon veteran Idris Md Diah pada Isnin.
Kata Remy, Idris atau lebih mesra disapanya Abang Dris antara pelakon yang mempercayai dan menghargai bakatnya sebelum popular.
"'Dik... Insya-Allah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada ‘rasa’, abang percaya dengan kau. Tak percaya? kau tengoklah nanti'
"Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan.
"Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie dengan Abang Dris & Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.
"Tak ada orang yg kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara Abang Dris kat telinga," getusnya.
Remy turut melayangkan doa dan ucapan takziah atas kehilangan pelakon tersebut.