“Sampai Je Dah Berdebar & Berkata Allah Ke Dalam Juga…”- Ziarah To’ki, Ebit Lew Hadiahkan…
Syafiqah Jalal
02/07/2020 03:46 MYT
02/07/2020 03:46 MYT
Selepas pendedahan penyanyi popular 90-an, To’ ki yang dibuat oleh Astro Awani menjadi tular, pendakwah bebas , Ebit Lew tampil menziarahi penyanyi tersebut.
Ebit akui sebak sebaik sahaja tiba di tempat tinggal terkini To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 50, yang menginap di sebuah pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor.
Namun Ebit gembira kerana kedatangannya disambut baik oleh penyanyi yang pernah popular dengan lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.
“Sebak dan sayu tadi ziarah To'ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di Facebook berita ini. Saya terus ke sana. Sampai sahaja dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.
“Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.
“Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” ceritanya.

Ebit berkongsi pengalaman tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya bersama To’ki ketika mengadakan kunjungan tersebut.
Seperti biasa, Ebit tidak datang dengan tangan kosong malah dia turut menyumbangkan beberapa kelengkapan asas.
“Insya-Allah akan saya bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.
“Insya-Allah akan saya bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.
“Dari live kami tadi Insya-Allah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” katanya lagi.
Difahamkan, To’ki tidak keseorangan malah dia kini bersama isterinya Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang berteduh di pinggiran hutan tersebut sejak 2 tahun lalu.