Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Shukri akui pening kepala memikirkan kerugian perniagaan yang terpaksa ditanggung akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.

Menurut Aliff, dia akur dengan arahan kerajaan namun memikirkan tanggungan di bawahnya membuatkan dia berasa sedih.

"Pening kepala dan bertabah sajalah. Saya ni nampak sahaja gembira. Tapi bila dah PKP terlalu panjang inilah jadinya. Dalam bilik air pun boleh berjoget nak menggembirakan hati yang sedih sebab PKP yang bersambung lagi.

"Nak buat macam mana kenalah ikut arahan kerajaan…tapi bangunan saya yang banyak siapa nak bayar? Gaji staf? Iklan? Resort saya? Bisnes? Binatang? Semua nak makan dan pakai duit.

"Jauh di sudut hati saya kesian sangat tengok orang kena buang kerja dengan jumlah penceraian yang banyak, jumlah orang bunuh diri hari-hari dan duit jatuh lagi. Bisnes saya import eksport pun teruk," tulisnya di Instagram (IG).

A post shared by Aliff syukri bin kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)


Tambah pelantun lagu Bobo Di Mana, ini sekiranya PKP makin berlanjutan, bisnes dia akan terjejas teruk.

"Pak menteri bila ya nak habis PKP ni? Saya segan nak tanya tapi saya dah tak boleh tahan.. Saya dah bosan duduk rumah.

"Kalau lama lagi mudarat saya lah macam ni pak menteri.. Kesian lah dengan keluarga saya dan kakitangan saya yang ada beratus-ratus orang ini," tulisnya lagi.

Dalam pada itu, dia berharap agar luahan ini mendapat pertimbangan dan belas kasihan daripada kerajaan.

Sebelum ini, Aliff pernah meluahkan rasa rindu untuk kembali bebas seperti sebelum negara Malaysia dilanda pandemik Covid-19.

Akuinya, perasaan itu akan terubat sekiranya dia dibenarkan untuk keluar membeli belah di pusat beli belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur.

BACA: Tak Sanggup Tunggu Bulan 10, Aliff Syukri Rindu Nak Pergi Shopping - "Kenapa Boleh Jadi Macam Ni Malaysia?