Sampai Ke Johor Nasi Arab Cef Ammar! Reseller Sanggup Ambil Tempahan Dengan Kos Ekstra Sebanyak…
15/04/2022 00:40 MYT
Biarpun dihimpit dengan kontroversi membabitkan harga yang kononnya ‘cekik darah’, namun nasi masakan Cef Ammar terus laris.
Nasi Mandy tersebut masih menjadi pilihan orang ramai untuk dibeli sehinggakan ada yang sanggup untuk beratur lama semata-mata ingin membeli juadah viral ini.
Malah, terdapat juga individu yang sanggup membeli nasi arab tersebut daripada ‘reseller’ meskipun ia dibeli dengan harga yang lebih mahal berbanding harga yang dijual Cef Ammar.
Bayangkan harga yang dijual ‘reseller’ tersebut adalah sebanyak RM65 berbanding RM50 yang dijual Cef Ammar.
Tidak cukup dengan itu, jualan nasi arab itu bukan saja berlegar di kawasan lembah Klang semata-mata, malah telah memasuki negeri jauh termasuk Johor.
Buktinya, terdapat individu atau ‘reseller’ ini membuat iklan promosi di laman Facebook komuniti Batu Pahat.
Harga yang ditawarkan pula termasuk kos logistik termasuk minyak dan tol.
“Nasi arab Chef Ammar dari Shah Alam dibawa ke warga Batu Pahat.
“Jadi kos logistik seperti minyak, tol,” katanya.
Biarpun ada yang mempertikaikan kesanggupan orang ramai untuk membeli nasi arab semahal itu, namun tidak kurang juga yang meminta supaya netizen menghormati pilihan masing-masing.
Kebanyakan mereka meminta supaya menghormati jurujual dan juga pembeli sekiranya itu adalah kehendak dan kemampuan masing-masing,