"Sampai ke Mekah Orang Mendoakan Dia .." - Anak Noor Nabila & Sharnaaz Ahmad Beransur Pulih

Zulaikha Yusof
Mei 30, 2019 23:00 MYT
Kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila melahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan anaknya, Jebat Jayden.
Menurut Nabila, Jebat semakin pulih serta sudah mampu tersenyum selepas menjalani pembedahan pada 23 Mei lalu.
Perkongsian ini dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
"Terima kasih pada semua yang mendoakan anak saya @jebatjayden.
"Alhamdulillah baby dah semakin sihat, dah start makan, dah senyum, dah ajak bergurau. Terima kasih Ya Allah," tulisnya.
Selain itu, aktor Sharnaaz Ahmad turut meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyayangi Jebat di Instagram (IG) miliknya.
"Kesihatan jebat sembuh dengan kuasa Allah Yang Maha Esa..
"Saya dihujani oleh mesej rakan-rakan yang prihatin..Terharu sangat orang ramai sayangkan jebat.
"Sampai ke Mekah orang mendoakan dia..Terima kasih sangat. Semoga Allah rahmati kita semua dunia akhirat.
"Terima kasih sangat-sanat..Selamat berhari raya buat semua umat Islam," tulisnya sebagai kapsyen.
Terdahulu, Jebat Jayden dilaporkan mengalami jangkitan saluran kencing (UTI).
Nabila dan aktor Sharnaaz Ahmad berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Ogos lalu.
#Sharnaaz Ahmad #Noor Nabila