Laman Utama
“Sampai Kena Halau Dengan Anak-Anak…”- Kesempitan Hidup Ketika Lockdown, Michael Ang Dedah Penderitaan Anak Seni
Pengarah dan penerbit drama kontroversi, Michael Ang akui tertekan dengan beberapa isu yang sedang berlaku dalam negara termasuk kes Covid-19 serta isu politik.
Michael meluahkan rasa kesalnya itu selepas merasakan isu pandemik ini tidak akan selesai jika semua pihak tidak mengambil tanggungjawab masing-masing.
Dedah Michael lebih menyedihkan ada anak seni yang terpaksa dihalau dari rumah bersama anak-anaknya kerana kesempitan hidup ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh atau ‘total lockdwon’.
“Tahap stress saya sebagai rakyat Malaysia; Kes covid-19 macam roller coaster baru lega kes turun dia naik balik!
“Sekejap baca berita kita tak cukup vaksin lepastu baca kata dan hantar pula almost 3 million vaksin, Cerita mana satu nak percaya.
“Gambar-gambar dan berita kawan satu industri amat menyedihkan, Sampai kena halau dan duduk dalam rumah terbiar dengan anak-anak kecil lagi.
“Berita yang asyik baca is political issue. Pasal katak la pasal parlimen nak buka ke tak. Boleh tak you all stop all that and solve this covid thing!
“Apa la Malaysian dah penat dengan semua ni. Proof to us yang kau orang boleh bantu kita kalau tak boleh sila duduk rumah dan jaga cucu kau orang. Bagi yang betul-betul boleh buat kerja. Dah macam makcik-makcik bawang minister kita ni,”luahnya.
Michael berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut bersetuju dengan pendapat dan pandangannya.
Malah mereka turut berkongsi pengalaman yang lebih kurang yang sama.
Must-Watch Video