Hiburan
Sampai Menangis Dibuatnya! Nyanyi Lagu Sumpah Untuk Pesakit Kanser, Naim Daniel Buat Ramai Sebak..
Tindakan penyanyi dan pelakon Naim Daniel menziarahi pesakit kanser tulang tahap empat, Nur Aimy Adriana di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), baru-baru ini mencetuskan rasa sebak dalam kalangan netizen.
Momen indah itu dikongsi Naim menerusi satu posting di Instagram semalam.
Menerusi video berkenaan, Naim dilihat cuba mengembirakan adik Nur Aimy dengan mengalunkan bait-bait lagu Sumpah.
Namun, keadaan kemudian bertukar hiba apabila nyanyian Naim itu turut menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalirkan air mata.
Anda boleh lihat momen tersebut di bawah.
Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Naim menjelaskan lawatannya ke PPUM adalah untuk menunaikan impian adik Aimy.
“Alhamdulillah, saya dapat berjumpa dan tunaikan impian dia. Disebabkan dia tidak dapat menonton Anugerah Juara Lagu 34 lalu, saya pun menyanyikan lagu ini secara langsung depannya.
“Saya juga membawakan replika bulan yang ada dalam persembahan malam itu. Saya terharu melihat kegembiraan yang ditunjukkan adik Aimy,” katanya kepada Harian Metro.
Sehingga kini video berkenaan sudah mencecah tontonan lebih 740,000 dan mendapat lebih 4,000 komen.