Tidak semua hidup dalam keadaan sempurna.

Begitulah nasib terpaksa dihadapi seorang lelaki di India yang dilahirkan dengan masalah dwarfisme atau bantut.

Lelaki tersebut, Azim Mansoori berusia 26 tahun hanya memiliki ketinggian 60cm.

Susulan itu, Azim kerap menjadi bahan ejekan ramai, malah sejak di bangku sekolah.

Masalah itu juga turut mengheret Azim untuk mencari cinta dan teman hidup.

Enggan putus asa, Azim baru-baru ini menjadi perbualan ramai apabila pergi ke balai polis untuk membantunya mencari jodoh.

Walau bagaimanapun, polis memaklumkan usaha untuk mencari jodoh bukanlah berada dalam bidang kuasa mereka.

Kisahnya juga tular hingga dikatakan telah mendapat perhatian pelakon Bollywood Salman Khan yang dikatakan mahu berjumpa Azim untuk memberi tawaran berlakon.

Namun, kesahihannya masih belum diketahui dan ada yang mendakwa ia hanya penipuan semata-mata.

Sumber: Indiatimes