Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Sampai Tahap Saya Rasa Takut Dengan Diri Sendiri" - Watak Suri 'Andai Tiada Dia' Cabar Mental Ummi Nazeera!

Ernalisa 12/12/2024 | 07:55 MYT

Pelakon berbakat besar Ummi Nazeera mengakui wataknya bernama Suri dalam drama 'Andai Tiada Dia' lebih sarat dengan emosi dan mencabar terutama pada episod akhir.
BERITA BERKAITAN: Shin Hyun Been Tertarik Dengan Skrip Cinderella At 2AM, Moon Sang Min Pula Rupanya Peminat…

BERITA BERKAITAN: Gegar Vaganza 11: Banyak Kenangan Bersama Nike Ardilla, Inka Christie Tak Mampu Bawa Susunan Asal Lagu Bintang Kehidupan - “Kalau Saya Buat Laju, Perasaan Itu…”

Kesan itu juga sedikit sebanyak memberikan impak mental terhadap dirinya.

"Sebenarnya saat-saat akhir ini yang saya boleh katakan, memang watak Suri itu betul-betul menguji kekuatan dari pelbagai segi.

"Dari awal episod Suri itu dilihat seolah-olah relaks macam berehat, kemudian semakin hari watak itu semakin naik-naik (mencabar) dan dari situ saya rasa sedikit berat.

"Saya lebih perlu menghayati watak Suri lebih dalam di akhir episod ini.

"Sampai tahap saya rasa takut sendiri, kerana saya mahu yang terbaik tetapi dalam masa sama kita kena betul-betul 'strugle' untuk pastikan ia berjaya," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun kata Ummi, gandingan dia bersama aktor Zahiril Adzim membantunya membawakan watak Suri dengan baik.
"Oh..bila saya dapat tahu saya turut digandingkan dengan Zahiril saya hanya tersenyum kerana saya tahu kemampuan dia (Zahiril) bagaimana.
"Ini kali pertama Ummi berlakon dengan Zahiril. Tapi Zahiril banyak bekerjasama dan membantu. Jadi proses untuk Ummi bersama dia dalam drama ini sangat mudah.
"Mungkin pengalaman Zahiril dalam dunia lakonan juga memudahkan Ummi untuk focus watak yang dibawa. Sangat selesa dan mudah bekerja dengan dia (Zahiril)," katanya yang turut digandingkan bersama aktor Hisyam Hamid di slot Megadrama Astro Ria itu.
Drama Andai Tiada Dia merupakan naskah terbitan Global Station mengenai kehidupan pasangan suami isteri yang sedang bergelut dengan dilema untuk mempunyai zuriat.
Konflik dalam drama berkenaan memuncak dengan isu percintaan terlarang antara adik dan juga abang ipar, serta ketabahan seorang wanita menghadapi pengkhianatan dalam perkahwinan.
Drama rantaian popular itu turut dibarisi pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Rosnah Johari, Alicia Amin dan ramai lagi.
Drama Andai Tiada Dia akan melabuhkan siaran episod terakhir pada minggu ini.

#Ummi #Watak #Rasa #Akhir #Suri #dengan #tercabar
;