Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

"Sampai Tunggang Terbalik" - Netizen Terhibur Lihat Gelagat Aeril Zafrel Tangkap Gambar Isteri!

Asraf Aided
17/06/2019 12:51 MYT
Pelakon Aeril Zafrel berkongsi beberapa foto dirinya sedang mengambil gambar isterinya, pelakon Wawa Zainal.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Aeril sempat berjenaka di ruangan kapsyennya yang berbunyi :

"Punya lah susah nak cari angle lain, kalau tak sayang aku jugak tak tahu la Wawa Zainal ni, korang jangan tengok gambar yang last,".

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat aktor kacak tersebut dengan meninggalkan respon berbeza.

"Ya Allah sampai macam tu pengambilan gambarnya.

"Over gila hahaha.

"Sampai tunggang terbalik," tulis netizen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

punya la susah nak cari angle. kalau tak sayang aku jgak tak tahula @w4w4_zainal ni. korang jangan tengok gambar yg last???

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on






Terdahulu, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
 
Dalam perkembangan terbaru, Wawa kini sedang hamil anak ketiga selepas empat tahun menanti.
#Aeril Zafrel #Wawa Zainal