Hiburan
Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”
Sekian lama tidak muncul di kaca TV, penampilan pelakon dan penyanyi, Nur Fazura di sebuah program wawancara di Indonesia berjaya menarik perhatian penonton.
Fazura dipercayai hadir ke rancangan SEA Today News bagi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.
Lebih menarik apabila Nur Fazura atau pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 40, sempat mempersembahkan lagu tersebut secara langsung di program berkenaan.
Pertama kali menyanyikan lagu ini secara langsung, rata-rata peminat mengkritik nyanyian ibu kepada Nur Fatima Aisyah.
"Sedap part dia diam”
“Macam suara aku nyanyi dekat toilet”
“Where did she buy the confidence? I need one”
“Fazura nyanyi dengan menahan sedih”
“Faz tolong dengar balik lepas nyanyi ni” kata netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Baru Sahaja Bercerai Sebulan Lalu, Tetapi Saya Tidak Menyesal” - Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: “Amboi… META pun nak fitnah saya juga,” - Fazura
ARTIKEL BERKAITAN: Pelancaran Lagu Bertahan Demi Cinta Tiada Kaitan Dengan Situasi Semasa Fazura & Fattah
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Tidak Setuju Lagu Duet Dengan Fattah, Bertahan Demi Cinta Dipasarkan
Sekadar info Single tersebut merupakan lagu duet yang pernah dirakamkan bersama bekas suaminya, Fattah Amin sebelum mereka bercerai.
Terdahulu,Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Must-Watch Video