Bagai mengubati kerinduan peminat, kumpulan Bunkface akhirnya melancarkan single terbaru mereka berjudul Akhir Zaman.

Menariknya tentang Akhir Zaman, lagu ini mengisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling.

Malah, liriknya ditulis khas oleh vokalis Bunkface sendiri, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Annuar Mohd Baharom, 31.

“Kami mendengar suara peminat dan juga rakyat Malaysia mdan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara
tersebut.

"Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia.” katanya.

Untuk makluman, video muzik lirik Akhir Zaman telah pun dimuat naik di YouTube jam 10 pagi tadi.

Sehingga artikel ini ditulis video tersebut telah pun ditonton hampir 10,000 kali.

Anda boleh dengar lagu berkenaan di bawah.