Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sangat Comel Macam Bapaknya" - Angah Raja Lawak Sambut Kelahiran Cahaya Mata Perempuan

Asraf Aided
20/11/2020 06:15 MYT
Penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak menyambut kelahiran cahaya mata perempuan bersama isterinya, Amira Asyura Abd Razak.

Angah berkongsi perkara itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya pagi tadi.

Pemilik nama sebenar Iskandar Shah Hashim ini meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi ucapan dan mendoakan urusan kelahiran tersebut.

"Alhamdulillah syukur bidadari saya selamat melahirkan puteri kami yang sangat comel macam bapaknya.

"Terima kasih semua atas doa dan ucapan kalian ya," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, ramai pengikut Angah termasuk beberapa rakan industri mengucapkan tahniah kepadanya dan isteri.

Antara yang meninggalkan komen adalah Elizad Sharifuddin, Fizo Omar, Feeya Iskandar, Jep Sepahtu dan ramai lagi.

A post shared by ANGAH (@angah_lawaking)


Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016 dan telah memiliki seorang cahaya mata perempuan sebelum ini.
Selain itu, Angah juga memiliki seorang cahaya mata perempuan hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.



#Angah #Sinar #Raja Lawak