Anggota kumpulan K-Pop GFRIEND, Yuju akui gemar makan dodol.

Dalam satu temu bual eksklusif, Astro AWANI memperkenalkan makanan tradisional tersebut kepada kumpulan tersebut dan Yuju yang mencuba buat pertama kali tertarik dengan keenakan makanan tersebut.

“Ia sangat comel dan ‘sticky’. Rupanya seperti puding coklat.

“Ia sangat sedap dan memang menepati cita rasa saya,” kata Yuju sambil menjamah dodol dengan gembira pada temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.


Tambah Yuju, dodol juga menyerupai ‘rice cake’ dan dapat merasai kandungan santan di dalamnya.

“Selepas ini dodol akan menjadi antara salah satu pencuci mulut kegemaran saya,” ujarnya

Selain Yuju, GFRIEND turut dianggotai Sowon, Yerin, Eunha, SinB dan Umji.

GFRIEND telah hadir ke Malaysia untuk konsert jelajah 2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] yang berlangsung pada Sabtu.

Konsert yang dianjurkan oleh MacpiePro itu berlangsung dengan meriah dan dihadiri lebih 4000 peminat.