Adik kepada aktres Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida, Betty Rahmad, mendedahkan anak lelakinya, Ardy Wira turut dijangkiti penyakit Influenza A.

Kata Betty dia berasa sedih apabila terpaksa mengakhiri tahun 2019 dengan keadaan dirinya dan anak yang terlantar sakit.

"Assalamualaikum semua doakan my baby @ardywira_ cepat sihat from Influenza A.

"Sangat sedih menamatkan tahun 2019 dengan keadaan seperti ini. Doakan untuk kami ok dan tolong jaga diri anda semua!" tulisnya.

Assalamualaikum semua doakan my baby @ardywira_ cepat sihat from Influenza A. So sad to end 2019 this way. Doakan for us ok & please take care guys! ❤️? #30122019

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on


Perkongsian tersebut mendapat pelbagai respon daripada kalangan pengikutnya.

Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan pengikut mendoakan agar Betty dan Wira kembali sembuh seperti biasa.

"Semoga cepat sihat balik kesian Wira.

"Ya Allah baby pun ke mu. MasyaAllah. InsyaAllah semua akan sembuh mu. Sayang anak bonda tu," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup itu, Betty dikurniakan cahaya mata, Ardy Wira pada 19 Januari lalu.

Terdahulu, Betty memberitahu dia terpaksa mengasingkan dirinya daripada anak ekoran dijangkiti virus influenza.

BACA: Tak Boleh Pegang Anak, Betty Rahmad Kena Kuarantin?