Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Sangat-Sangat Rindu, Sakitnya Bila Tak Dapat Peluk, Cium Dan Lihat…” - Farahdhiya Rindu Arwah Bapa

Mya Amri 02/03/2020 | 07:18 MYT
Penyanyi dan pelakon Farahdhiya mengimbas kembali kenangan bersama arwah bapa kesayangannya, Mohd Amin Zubir.
Menurut Farhdhiya atau lebih mesra dengan panggilan Farah akui kehilangan bapanya benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.
Menerusi coretan yang dimuat naik di posting terbaru akaun Instagramnya itu, Farah berkongsi momen manis bersama arwah bapanya.
“Satu lagi surat cinta kepada cinta hati saya, satu-satunya video yang merakamkan saya menyanyi dan ada bapa di dalamnya.
“Hari ini saya habiskan 4 jam di gym untuk mengalihkan seketika perhatian saya, namun apabila pulang ke rumah dan mahu melelapkan mata, saya tak boleh. Hanya air mata yang turun mencurah-curah.
“Betapa saya berharap dapat kata saya sangat rindu-rindukan kamu kebelakangan ini. Sebanyak mana saya merindui kamu, saya tahu kamu juga rindukan saya.
“Sungguh menyakitkan apabila tidak dapat bercakap, menyentuh, memeluk dan melihat kamu Da. Kamu sentiada berada di ingatan dan doa saya.
“Apa yang pasti kesakitan ini hanya sementara sebab saya tahu suatu hari nanti kita akan bersama-sama semula.
“Saya tidak tahu macam mana mahu gambarkan perasaan apabila setiap kali orang bertanya bagaimana dengan keadaan saya, adakah saya semakin baik?
“Tiada kata-kata yang dapat diungkapkan mengenai perasaan ini. Kosong… Itulah ayat yang paling terbaik untuk menggambarkannya.
“Luaran mereka memang nampak saya ketawa, senyum namun disebaliknya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kehidupan saya tidak akan sama seperti sebelum ini, saya sangat sayangkan kamu, Da. Tak sabar untuk bersama kamu kembali.
“Buat masa ini, rehatlah hero ku. Dada akan sentiasa Bertakhta Dihati Farah Da. Al-Fatihah,” coretnya.

Another love letter for the love of my life ~ The only video I have of me singing with my dad in it. Today I spent 4 hours plus at the gym just to keep my mind off things, went back home,wanted to take a nap but I just couldn’t,tears just kept running down uncontrollably, I wish I could tell u I’ve been missing u LOADS recently. As much as I miss u,I also know that u miss me too. It hurts so bad not being able to talk to u,touch u,hug u and to look at u Da. You are always in my thoughts and prayers. One thing for sure this pain is temporary because I know one sweet day we will be together again,we will pick things up right where we left off. When people ask how I’m feeling now? whether I feel better? No words can actually describe my feelings. Numb,that’s the best I can explain. People see me smile,laugh about,living life but deep inside only God knows,most of the time I’m just forced to be all that,life is definitely not the same anymore. I love u so much Dada,I can’t wait to be with u again. For now,rest well my hero.Dada akan sentiasa Bertakhta Dihati Farah Da. Al-Fatihah ❤️

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on

Terdahulu, arwah meninggal dunia pada 9 Januari lalu kerana menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD).
Farah dan bapa tinggal bersama sehingga bapanya menghembuskan nafas terakhirnya di usia 68 tahun.
#Penyanyi #Farahdhiya #Penyanyi
;