Sanggup Ke Dannok Thailand Untuk Santau Orang! Biar Betul Shaheizy Sam?

Hanafis Haris
Ogos 31, 2020 16:30 MYT
Sebut saja santau pasti ramai yang risau tentang kesan dan akibatnya.

Hakikatnya, amalan khurafat ini telah lama ada dalam kalangan masyarakat terutamanya kaum Melayu.

Untuk generasi muda hari ini, santau lebih dikenali sebagai ‘tuju-tuju’ dan ia merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh.

Namun, entah bagaimanana nama pelakon Shaheizy Sam stelah menjadi bualan ramai kerana perbuatannya yang cuba menyantau seseorang.

Menerusi satu video yang viral baru-baru ini, Sam dilihat telah berjumpa dengan seorang bomoh di Dannok, Thailand.

Tujuan utamanya adalah untuk menyantau beberapa individu yang dikatakan telah menyakitkan hatinya.

Sejauh mana kes santau menyantau ini berlarutan, anda kena tonton sendiri video yang dimuat naik di Instagram Sam.

Untuk rekod, amalan khurafat adalah dosa yang tidak boleh diampunkan dalam agama Islam.

#Viral #Viral #Sam #Santau