Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Sanggup Sewa Lori Untuk Angkut 100 Kucing Pindah, Effort Wanita Ini Raih Pujian Netizen - “Erti Pencinta Kucing Sebenar..”

Umirah Halim
03/10/2024 10:25 MYT
Sepotong video memaparkan seorang wanita yang sanggup membawa semua kucing belaannya yang berjumlah 100 ekor untuk berpindah berjaya mencuri perhatian ramai.

Kucing pindah

Menerusi perkongsian video oleh individu yang merupakan jiran wanita tersebut, dapat dilihat banyak sangkar kucing yang telah tersusun di hadapan rumah dan sedang menunggu giliran untuk diletakkan dalam sebuah lori.

Malah, perakam turut memaklumkan kucing yang berada di dalam video tersebut mencecah sekitar 96 ekor dan masih ada beberapa ekor kucing lagi yang tinggal di dalam rumah.

Difahamkan wanita berkenaan mahu berpindah dari Perak ke Kedah.

undefined
“Tengok jiran nak pindah. 100 ekor kucing (pindah) dari Ipoh, Perak ke Kedah. Penuh satu lori,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen terpegun dengan kegigihan wanita tersebut yang sanggup menyewa sebuah lori semata untuk mengangkut kucing kesayangan itu.

“Erti sebenar pencinta kucing, anggap semua seperti keluarga. Tiada seekor yang ditinggalkan.

“Banyak nya, macam mana boleh sekuat ini. Macam mana keadaan rumah yang ada 100 ekor. Aku yang 6 ekor pun dah tunggang langgang pasir makanan semua.

“Terbaik sangat pindah angkut semua,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 100,000 tontonan di Platform TikTok.

#Kucing #Pindah #Sewa #100 #Lori #ekor #Sanggup
;