Bagi yang membesar dengan lagu-lagu kumpulan New Boyz pasti akan berkesempatan menonton filem terawal lakonan anggota kumpulan itu, Pulau Inspirasi dan Meraung.

Vokalis New Boyz, Tomok baru-baru ini berkongsi semula kisah pembabitannya menerusi dua naskhah popular itu suatu ketika dahulu.

Kata Tomok, menjadi kemestian artis yang bernaung di bawah sesebuah syarikat rakaman akan terbabit dengan penggambaran filem atau drama.

"Sedikit throwback tentang New Boyz.. Selain daripada album, kami juga ada keluarkan dua buah telemovie VCD di awal kemunculan kami dalam industri.

"Pada waktu itu memang menjadi satu trend di mana setiap recording artis mengeluarkan telemovie masing-masing.

"Siapa pernah ada koleksi Pulau Inspirasi dan Meraung dan apa moment menarik korang dengan dua telemovie ini?" kongsi Tomok.

sedikit throwback tentang new boyz..selain daripada album,kami juga ada keluarkan dua buah telemovie VCD di awal kemunculan kami dalam industri . pada waktu itu memang menjadi satu trend di mana setiap recording artis mengeluarkan telemovie masing-masing . sapa pernah ada koleksi PULAU INSPIRASI dan MERAUNG? dan apa moment menarik korang dengan dua telemovie ini . share la kat saya ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Ramai dalam kalangan peminat kumpulan popular itu berkongsi pengalaman mendapatkan naskhah itu yang dikeluarkan dalam bentuk VCD.

"Sanggup tak makan kat sekolah sebab nak kumpul duit beli VCD Pulau Inspirasi. Nak minta kat mak kena marah. Dah beli pass kat member, satu sekolah tengok atas susah payah aku," cerita @nazmimi5200.

"Gigih tau aku pergi Wet World Shah Alam tu naik KTM dari Kuala Lumpur semata-mata nak tengok korang shooting Pulau Inspirasi dan jadi part of audience untuk babak yang korang buat show time ending," tulis @norajoey.

Dalam kalangan peminat itu, ada antaranya rakan selebriti sepeti Pekin, Shuib dan Cik Manggis yang berkongsi pengalaman mereka.

"Pulau Inspirasi! Tak tahu berapa puluh kali kita duk ulang hari-hari," kongsi Cik Manggis.

"Aku tengok woi cerita ni! Tengok kat rumah kawan sebab tak mampu beli VCD Player," kata Shuib.