Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sanggup Tukar Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup? Siti Hariesa; "Kalau Keadaan Terdesak ..."

Amri Hassan
14/02/2024 06:48 MYT
Pelakon drama rantaian Si Jantung Hati, Siti Hariesa punyai pandangan tersendiri mengenai pemindahan jantung (heart transplant).

BERITA TRENDING: Lakonkan Watak Penerima Implant Jantung Babi, Syarul Ezani; "Saya Sendiri Banyak Berfikir ..."

Kata Hariesa yang melakonkan peranan sebagai Manis, sekiranya diberikan pilihan untuk menukarkan jantung babi untuk meneruskan kehidupan, ia bergantung pada situasi.

"Bagi pandangan saya tentang heart transplant mengunakan jantung babi, it is actually a risky situation sebab dia melibatkan hukum hakam agama.

"Dari segi Islam ya babi tu memang haram, dan ini juga kali pertama saya tahu boleh guna jantung babi.

"Bagi saya kalau kita dalam keadaan terdesak atau pun darurat haruslah kita ambil, sebab heart donor tak banyakkan dalam dunia ni?

"Tapi kalau berikan pilihan, saya serahkan kepada Tuhan sebab pengakhiran kita sama je kita akan kembali juga kepada-Nya," katanya yang tidak sabar menantikan reaksi penonton drama Si Jantung Hati.

BERITA TRENDING: Guna Jantung Babi Untuk Teruskan Hidup, Drama Si Jantung Hati Tampil Jalan Cerita Unik

Mengulas mengenai peranan Manis, jelas Hariesa dia bersetuju untuk melakonkan watak terbabit disebabkan jalan cerita cinta yang 'comel'.

"Watak Mai ialah seorang yang rebellious, datang dari anak lorong.

"Manis ini merupakan seorang anak yang tidak mempunyai family base. Hidup susah tapi tetap go on dengan life. Enjoy life walau sengsara hidupnya," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Gara-Gara Babak Panas Tular, Pengikut Siti Hariesa Di Instagram Naik Mendadak

Si Jantung Hati mengisahkan Amir pemuda berusia 23 tahun yang menerima berita terburuk dalam hidupnya apabila jantungnya yang rosak perlu diganti segera atau dia akan mati.

Terdesak, putus asa dan takut tidak dapat menjalani impiannya, Amir diberi jalan keluar iaitu jantung babi yang telah disediakan untuk Amir melalui kawan lamanya.

Amir memutuskan untuk meneruskan pemindahan tetapi segera menyesali keputusannya apabila dia bangun dari pembedahan, dan dia bertanya kepada dirinya sendiri soalan yang paling sukar adakah darah yang mengalir di dalam badan saya dipam oleh jantung babi dan adakah badannya kini jadi haram?

Si Jantung Hati lakonan Syarul Izani, Siti Hariesa, Jay Iswazir, Malis, Datuk Jalaluddin Hassan, Fikhree Bakar dan Juliana Evans mula ditayangkan pada 7 Februari lalu setiap hari Rabu dan Khamis pukul 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro GO.

#Drama #Siti Hariesa #Si Jantung Hati #Jantung Babi #Syarul Izani
;