Laman Utama

Sangka Baik Makan Diri, Isteri Hafidz Roshdi Dedah Suami Curang – “Jangan Jadi Isteri Bodoh Macam Saya”

gempak
Syafiqah Jalal
16/02/2023
05:39 MYT
Sponsor Banner
Sangka Baik Makan Diri, Isteri Hafidz Roshdi Dedah Suami Curang – “Jangan Jadi Isteri Bodoh Macam Saya”
"Thank you sebab bahagia atas penderitaan kami,” kata isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri yang didakwa memberi bayangan suaminya curang dan diganggu oleh orang ketiga.
Nurul Shuhada dalam satu kenyataan di Instagram (IG)Story miliknya baru-baru ini menujukan luahan hatinya kepada seseorang yang dipercayai peruntuh rumah tangganya.
Kata Nurul Shuhada wanita yang menjadi orang ketiga itu bersikap tidak tahu malu malah sanggup melihatnya dan anak-anak menderita untuk mempertahankan cinta mereka.
"Thank you sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak I. Thank you sebab runtuhkan rumah tangga I. Thank you sebab sesama perempuan pun you sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak 'fight for your love'.
"Thank you sebab bahagia atas penderitaan kami. Thank you sebab layan DIA. Semoga Allah Maha Adil akan membuatkan you menderita berjuta kali sakit dari I dan anak-anak.
"Perempuan tak tahu malu. Kalau I nak jatuhkan you, sekejap je dah boleh viral siapa penyondol tu. Tapi I tak buat, I tunggu Allah balas," tulisnya.
Tambah Nurul lagi, dia mengakui silap kerana terlalu bersangka baik sehingga kebaikannya itu diambil kesempatan oleh orang ketiga.
"Jangan jadi isteri bodoh macam I, bersangka baik/hudnuzon kononnya. Makanlah kau sangka baik kau tu sekarang. Yeap betul, saya yang salah. Saya salah sangat-sangat sebab saya bodoh," katanya.
Perkongsian paparan skrin IG Story itu telah dikongsi di dalam web forumcari dari akaun sebenar isteri Hafidz yang kini diset sebagai privasi kerana memaklumkan ia hanya untuk perkongsian dengan keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu, Hafidz dalam satu kenyataan kepada media menafikan tentang khabar angin yang mengatakan dia sedang berlaku curang dan sedang menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
Malah mengaku foto isterinya di Instagram tiada kerana mahu beri fokus kepada content atau kandungan yang berkaitan kerjaya seninya sebagai pelakon.
Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul pada 30 April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Humairah dan Umar yang berkongsi tarikh kelahiran yang sama iaitu 9 September.
Sumber: Forum Cari
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024