HIBURAN

Santai Makan Ikan Bakar Di Gerai, Netizen Puji Ameera Khan & Jefri Nichol - “Tak Memilih, Bagus Sangat…”

Umirah Halim 22/05/2025 | 00:55 MYT
Pasangan pempengaruh, Ameera Khan dan aktor indonesia Jefri Nichol, sekali lagi menarik perhatian netizen selepas tular video mereka menikmati ikan bakar di sebuah gerai tepi jalan di Kuala Besut, Terengganu.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik kedai, kelihatan pasangan berkenaan duduk santai sambil menikmati hidangan ikan bakar yang disediakan di gerai tersebut.

undefined
“Ameera datang Kuala Besut nak makan ikan bakar... SEDAP DOK'OOHH,” tulis pemilik kedai tersebut menerusi kapsyen di TikTok.

Tindakan pasangan ini yang memilih untuk menikmati makanan tempatan di gerai biasa mendapat pujian ramai netizen yang rata-ratanya memuji sikap mereka yang sederhana dan tidak memilih tempat makan walaupun dikenali sebagai figura yang popular.

“Weh, Jefri Nichol dengan LMK (Little Miss Khan) makan tepi jalan je. Hahaha!

“Mereka ni pergi ke mana-mana memang tak memilih, bagus sangat.

“Kita selalu mengata mak ayah dia tak ajar atau tak tegur dia, tapi sebenarnya mak ayah dia ajar dia hidup secara ‘down to earth’ dan rendah diri.

“Hahaha, macam tu je boleh terserempak dengan Jefri Nichol, pelakon terkenal dari Indonesia tu. Hahaha,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat sebanyak 700,000 tontonan di platform TikTok.

#makan #Ameera Khan #Ikan #jefri #nichol