Hiburan

Santesh Mahu Cuba Nasib Di India

gempak
Asraf Aided
16/10/2018
08:59 MYT
Sponsor Banner
Santesh Mahu Cuba Nasib Di India
Penyanyi baru yang mencipta nama menerusi lagu Amalina, Santesh menceritakan hasratnya untuk menyertai sebuah pertandingan nyanyian di India.
Menurutnya, pertandingan tersebut diadakan untuk mencari penyanyi runut bunyi untuk filem di negara itu.
"Saya berasa gembira dengan penerimaan single pertama saya iatu Amalina, selepas ini saya mahu mengembangkan bakat saya dalam pelbagai bidang.
"Saya juga berhasrat untuk ke India bagi menyertai sebuah pertandingan yang mencari penyanyi untuk lagu runut bunyi filem di sana.
"Selain itu, saya juga merancang untuk menjadi seorang komposer kerana saya amat meminati bidang muzik sejak kecil lagi," katanya.
Santesh berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Suara Anak Malaysia bertempat di Biro Pelancongan Kuala Lumpur pada petang semalam.
Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 20 Oktober ini bertempat di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.
Selain Santesh, konsert ini bakal menampilkan persembahan dari Datuk David Arumugam, Francisca Peter, Siti Nordiana, Syafiq Farhain, Bagio Damasutra, Yabang Khalifah dan Suki Low.
Kemasukan adalah percuma, untuk maklumat lanjut, sila hubungi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) di talian 03-41055442 atau menerusi email [email protected].
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live