Laman Utama
Sapa Peminat Dalam Bahasa Melayu, Coldplay Tanya ‘Apa Khabar Malaysia’?
Bahang konsert band yang memenangi anugerah Grammy, Coldplay yang direncana berlangsung di Malaysia pada 22 November 2023 ini semakin hangat terasa.
Pada saat peminat menanti tarikh pembukaan pembelian tiket pada 17 Mei ini, band yang dianggotai Chris Martin, Jonny Buckland, Guy Berryman dan dram, Will Champion itu membuat calon penonton semakin berasa tidak keruan.
Martin, selaku vokalis dan gitaris Coldplay dilihat menyapa peminat di Malaysia lewat satu kemas kini yang dikongsikan oleh penganjur, PR Worldwide di akaun Instagram rasmi mereka, (@pr_worldwide).
Lebih mengujakan, Martin dilihat menyapa peminat dalam bahasa Melayu sebelum melanjutkan pengumuman konsert di Malaysia dalam bahasa Inggeris.
“Hello, apa khabar everybody watching in Malaysia, (Hello, apa khabar buat semua yang menonton di Malaysia).
“We are Coldplay, we are so excited to announce that we’ll be coming to Kuala Lumpur on November 22 this year,” katanya penuh semangat.
Coldplay dijadualkan bertemu lebih 85,000 peminat bukan saja dari Malaysia tetapi dijangka hadir dari negara Asia terdekat seperti Singapura dan Thailand di Stadium Bukit Jalil menerusi siri jelajah Spheres World Tour.
Tiket pra penjualan yang dibuka khas kepada pemegang kad CIMB boleh dibeli pada 16 Mei 2023 sementara yang lainnya dibuka sehari selepas.
Semua tiket boleh dibeli menerusi golive-asia.com or www.livenation.my.
Must-Watch Video