Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

"Sapu Buang Ada Lagi" - Ezlynn Cuak Kerap Jumpa Serbuk Seperti Kemenyan Dalam Rumah?

Amri Hassan
09/09/2020 10:45 MYT
Penyanyi Ezlynn Ariffin tertanya-tanya apabila sering terjumpa serbuk berpasir dipercayai kemenyan di dalam kediamannya.

Kongsi Ezlynn serbuk berkenaan sentiasa ada di tempat tertentu biarpun telah dibersihkan berkali-kali.

"Apa dialah benda ni. Dua tiga kali duk asyik jumpa tempat yang sama. Sapu buang ada lagi.

"I'm wondering what is this actually. Pelik. Kaau ada yang tahu benda apa ni, pasir apa ni, maklumkan pada saya," katanya.

Apa dia lah benda ni.. 2-3 kali dah dok asyik jumpa tempat yang sama.. sapu buang ada lagi .. I’m wondering what is this actually .. pelik.. anyway Kalau ada yang tau benda Apa ni.. pasir Apa ni.. Let me know ok.. ?

A post shared by Ezlynn (@ezlynnariffin) on


Daripada perkongsian foto dan video terbabit, ada segelintir netizen yang mendakwa serbuk berkenaan merupakan kemenyan.

"Macam kemenyan. Ni kala dibakar ada bau tu," tulis salah seorang pengguna.

"Dari pengamatan saya, it's look like kemenyan. Buat bara api, lepas tu campak benda tu dalam api. Kalau keluar asap dan berbau setanggi maka betul lah. Tapi kalau tak berani jangan buat," tulis pengguna lain pula.

Justeru, ramai yang meminta Ezlynn agar mendapatkan khidmat ilmuan agama atau individu yang arif dalam bidang sihir dan ilmu hitam.

"Macam sesuatu sangat tu, cuba ajak orang arif bab ilmu halus seperti ustaz. Jangan bomoh," cadang salah seorang pengguna.

"I think cuba you refer pada yang pakar tentang ilmu ghaib or misteri. Mean bawa jumpa ustaz . Sebab you dah bnyak kali jumpa, hati orang kita tak tahu. Orang nak buat bukan" sekejap jee dalam diam," tambah pengguna lain.

"Nampak seperti ada orang cuba buat sesuatu tak baik. Kalau ragu-ragu, ikut kata hati. Panggil ustaz atau sapu masuk plastik bawa jumpa ustaz," sahut individu lain pula.

Bagi yang berhusnuzon, ada yang menganggap serbuk berkenaan adalah pasir daripada aktiviti berkuda yang sedang Ezlynn lakukan kini.

Malah, ada yang tidak menolak ia sebahagian daripada sarang serangga seperti anai-anai.
#Penyanyi #Penyanyi #Ezlynn Ariffin #Kemenyan